Setiap kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang sebaik-baiknya untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersosial, memperkembangkan perasaan ingin tahu tentang diri dan alam sekitar dan juga mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
Matlamat PPKI
Kokurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika, dan sosial agar mereka boleh menjadi masyarakat yang berguna dan berdikari.
Falsafah PPKI
Usaha yang berterusan dalam melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Aktiviti PPKI SKSK
PROGRAM TERAPI AIR (sambungan)
Objektif : Melatih murid-murid untuk berenang
Penglibatan: Semua murid, guru dan PPM
Tarikh : seperti yang dijadualkan
Masa : 8pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Kolam Renang, Apartment Berservis,
Suria Laketown Resort
**kerjasama: BUKIT MERAH LAKETOWN
**diuruskan oleh: Pn. Aszimah bt Zakaria
PROGRAM TERAPI PERGERAKAN (sambungan)
Objektif : melatih murid-murid menggunakan motor kasar dan halus
Penglibatan: Semua murid, guru dan PPM
Tarikh : seperti yang dijadualkan
Masa : 8pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Winners Bowl, Taiping
**kerjasama: WINNERS BOWL, TAIPING
**diuruskan oleh: Pn. Siti Jamilah bt Abu Hassan
PROGRAM MENABUNG (sambungan)
Objektif: Menggalakkan murid-murid menyimpan wang
Penglibatan: Semua murid, guru dan PPM
Tempoh: Sepanjang tahun 2011
**kerjasama: BANK SIMPANAN NASIONAL
**diuruskan oleh: En. Mohd Shahirwan bin Abu Bakar
PROGRAM GIGIKU SIHAT (sambungan)
Objektif: Memastikan murid-menjaga kesihatan gigi mereka
0 comments:
Post a Comment