Thursday, 20 October 2011

APA ITU DISLEKSIA




DEFINASI DISLEKSIA


Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi
murid biasa TETAPI menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.   

LATAR BELAKANG
 
    Di Malaysia, pengiktirafan murid-murid pendidikan khas adalah
menggunakan model ‘medical’. Justeru itu, semua murid perlu diperiksa
oleh pakar perubatan sebelum disahkan sebagai murid pendidikan khas


     Program disleksia ini dimulakan pada tahun 2004 bagi membekalkan
perkhidmatan yang sesuai untuk murid-murid disleksia. Program masalah
pembelajaran pula dimulakan pada tahun 1989.


     Satu instrumen diperlukan untuk menyaring murid-murid disleksia.
Instrumen ISD ini adalah berasaskan satu senarai semak yang dihasilkan
oleh Payne dan Turner (1999)
BAGAIMANA TERJADI DISLEKSIA

 Disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat
terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.

  Otak terbahagi kepada 2. Sebelah kiri untuk penggunaan bahasa,
pemikiran logik, sususan dan struktur manakala sebelah kanan untuk visual
kreatif dan kemahiran seni.

 Orang disleksia cenderung menggunakan otak kanan kerana cara berfikir
dan belajar mereka berlainan. Selain itu kerana mereka lemah dalam bahasa,
logik turutan dan struktur.
 KITA TIDAK DAPAT MERAWAT DISLEKSIA, KITA TIDAK BOLEH UBAH CARA OTAK BERFUNGSI TETAPI KAEDAH PENGAJARAN YANG BETUL DAPAT MEMBANTU 

  SYARAT

 Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan dari
guru bahasa melayu dan juga dari ibu bapa.

 Jika didapati murid yang disaring itu berkemungkinan disleksia,
penyelaras akan mencadangkan kepada penjaga untuk membawa murid
tersebut berjumpa pengamal perubatan bersama-sama dengan
keputusan ISD dan juga borang pengesahan pengamal perubatan.


PERANAN GURU KHAS DISLEKSIA

 Menerangkan bagaimana pentadbiran ISD dijalankan dengan berkesan
kepada guru-guru bahasa melayu yang terlibat.

 Guru-guru bahasa melayu tersebut mestilah dikalangan guru yang mengajar
murid tersebut selama 6 bulan atau lebih sebelum murid tersebut diuji.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

 Pengajaran murid disleksia bermaksud merancang, menyediakan strategi,
pendekatan, kaedah, terapi dan motivasi.

 Aktiviti pembelajaran berasaskan kepada gaya belajar dan kekuatan
setiap individu yang bertujuan menangani masalah yang dialami murid
semasa mengikuti pembelajran daripada kurikulum kebangsaaan


MODEL PENDEKATAN INKLUSIF

Hanya mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dikelas khas,
mata pelajaran lain diinklusifkan dikelas perdana.

UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik dibuat selepas murid disahkan oleh pengamal perubatan
dan murid tersebut telah ditempatkan dikelas khas. Ujian ini dapat
mengenalpasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam
membaca, mengeja, menulis dan masalah-masalah berkaitan dengan
disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

 AKOMODASI DALAM PEPERIKSAAN
  Menyediakan kertas soalan saiz A3
Membesarkan soalan saiz font 16 Membesarkan soalan pada saiz 130% Menggunakan font comic sans ataupun century gothic Mesti ada jarak perbezaan antara soalan Sebaik-baiknya format UPS satu muka surat 5 soalan Double spacing Sebaik-baiknya sertakan gambar bagi menyokong petikan  Pembaca Soalan
Terdiri daripada guru disleksia ataupun guru pendidikan khas yang telah           mengikuti kursusu tentang disleksia
Membacakan arahan soalan dengan jelas Pembaca memastikan murid memberi penumpuan pendengaran kepadanya Pembaca tidak mempengaruhi murid untuk memilih jawapan  Memberi Lebih Masa
Masa tambahan diberikan kepada calon (Rujuk Pekeliling ataupun surat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan) Permohonan dibuat oleh guru melalui Setiausaha Peperiksaan Sekolah  Menjalankan Peperiksaan Kali Kedua
Murid-murid disleksia akan menjalani Ujian Bulanan, PKSR dikelas perdana bersama-sama murid biasa. Keputusan ujian dan PKSR yang dibuat dikelas perdana adalah keputusan rasmi yang direkodkan dalam BUKU PENCAPAIAN MURID Guru disleksia hendaklah menjalankan ujian bulanan, PKSR sekali lagi didalam kelas khas sebaik sahaja mereka selesai menduduki peperiksaan dikelas perdana. Guru disleksia akan menjadi "PEMBACA" Markah hendaklah direkodkan dan dibuat perbandingan dengan keputusan dialiran perdana. Keputusan perbandingan ini akan disimpan dan dijadikan sebagai sokongan semasa memohon "PEMBACA" kepada Lembaga Peperiksaan untuk UPSR kelak.
 ·  ·  

0 comments:

Post a Comment