Sunday 20 November 2011

Mengenali Suku Kata Pendidikan Khas SK Sg Kepar





Tuesday 15 November 2011

Sunday 23 October 2011

Thursday 20 October 2011

APA ITU DISLEKSIA




DEFINASI DISLEKSIA


Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi
murid biasa TETAPI menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.   

LATAR BELAKANG
 
    Di Malaysia, pengiktirafan murid-murid pendidikan khas adalah
menggunakan model ‘medical’. Justeru itu, semua murid perlu diperiksa
oleh pakar perubatan sebelum disahkan sebagai murid pendidikan khas


     Program disleksia ini dimulakan pada tahun 2004 bagi membekalkan
perkhidmatan yang sesuai untuk murid-murid disleksia. Program masalah
pembelajaran pula dimulakan pada tahun 1989.


     Satu instrumen diperlukan untuk menyaring murid-murid disleksia.
Instrumen ISD ini adalah berasaskan satu senarai semak yang dihasilkan
oleh Payne dan Turner (1999)
BAGAIMANA TERJADI DISLEKSIA

 Disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat
terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.

  Otak terbahagi kepada 2. Sebelah kiri untuk penggunaan bahasa,
pemikiran logik, sususan dan struktur manakala sebelah kanan untuk visual
kreatif dan kemahiran seni.

 Orang disleksia cenderung menggunakan otak kanan kerana cara berfikir
dan belajar mereka berlainan. Selain itu kerana mereka lemah dalam bahasa,
logik turutan dan struktur.
 KITA TIDAK DAPAT MERAWAT DISLEKSIA, KITA TIDAK BOLEH UBAH CARA OTAK BERFUNGSI TETAPI KAEDAH PENGAJARAN YANG BETUL DAPAT MEMBANTU 

  SYARAT

 Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan dari
guru bahasa melayu dan juga dari ibu bapa.

 Jika didapati murid yang disaring itu berkemungkinan disleksia,
penyelaras akan mencadangkan kepada penjaga untuk membawa murid
tersebut berjumpa pengamal perubatan bersama-sama dengan
keputusan ISD dan juga borang pengesahan pengamal perubatan.


PERANAN GURU KHAS DISLEKSIA

 Menerangkan bagaimana pentadbiran ISD dijalankan dengan berkesan
kepada guru-guru bahasa melayu yang terlibat.

 Guru-guru bahasa melayu tersebut mestilah dikalangan guru yang mengajar
murid tersebut selama 6 bulan atau lebih sebelum murid tersebut diuji.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

 Pengajaran murid disleksia bermaksud merancang, menyediakan strategi,
pendekatan, kaedah, terapi dan motivasi.

 Aktiviti pembelajaran berasaskan kepada gaya belajar dan kekuatan
setiap individu yang bertujuan menangani masalah yang dialami murid
semasa mengikuti pembelajran daripada kurikulum kebangsaaan


MODEL PENDEKATAN INKLUSIF

Hanya mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dikelas khas,
mata pelajaran lain diinklusifkan dikelas perdana.

UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik dibuat selepas murid disahkan oleh pengamal perubatan
dan murid tersebut telah ditempatkan dikelas khas. Ujian ini dapat
mengenalpasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam
membaca, mengeja, menulis dan masalah-masalah berkaitan dengan
disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

 AKOMODASI DALAM PEPERIKSAAN
  Menyediakan kertas soalan saiz A3
Membesarkan soalan saiz font 16 Membesarkan soalan pada saiz 130% Menggunakan font comic sans ataupun century gothic Mesti ada jarak perbezaan antara soalan Sebaik-baiknya format UPS satu muka surat 5 soalan Double spacing Sebaik-baiknya sertakan gambar bagi menyokong petikan  Pembaca Soalan
Terdiri daripada guru disleksia ataupun guru pendidikan khas yang telah           mengikuti kursusu tentang disleksia
Membacakan arahan soalan dengan jelas Pembaca memastikan murid memberi penumpuan pendengaran kepadanya Pembaca tidak mempengaruhi murid untuk memilih jawapan  Memberi Lebih Masa
Masa tambahan diberikan kepada calon (Rujuk Pekeliling ataupun surat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan) Permohonan dibuat oleh guru melalui Setiausaha Peperiksaan Sekolah  Menjalankan Peperiksaan Kali Kedua
Murid-murid disleksia akan menjalani Ujian Bulanan, PKSR dikelas perdana bersama-sama murid biasa. Keputusan ujian dan PKSR yang dibuat dikelas perdana adalah keputusan rasmi yang direkodkan dalam BUKU PENCAPAIAN MURID Guru disleksia hendaklah menjalankan ujian bulanan, PKSR sekali lagi didalam kelas khas sebaik sahaja mereka selesai menduduki peperiksaan dikelas perdana. Guru disleksia akan menjadi "PEMBACA" Markah hendaklah direkodkan dan dibuat perbandingan dengan keputusan dialiran perdana. Keputusan perbandingan ini akan disimpan dan dijadikan sebagai sokongan semasa memohon "PEMBACA" kepada Lembaga Peperiksaan untuk UPSR kelak.
 ·  ·  

Wednesday 19 October 2011

Kenangan 2010

Lagu ABC Suku Kata

Contoh RPH


( RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
DAN REFLEKSI PEMBELAJARAN )

Nama     : Siti Jamilah Binti Abu Hassan
No. K/P  : 820423-08-5274
Kelas      : Pendidikan Khas (Waja)                      Tarikh : 06/10/2011
Hari         :       Khamis                                             Masa : 8.30 – 9.30 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Penggabungjalinan Isi Kandungan : Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani
Penyerapan Nilai : Kerjasama, tanggungjawab, patuh arahan, rajin
Unsur-unsur Terapi : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan halus, terapi   muzik,  
   terapi pergerakan kreatif, terapi seni
KBKK    : Mengaitkan, menyusun maklumat, mengecam



Nama Murid

1.    Mohamad Hasrul Adam
2.    Nor Anisah
3.    Mohamad Ridzuan
4.    Muhammad Haikal
5.    Iskandar
6.    Mohammad Fadhil


Tajuk

4. Membaca


Kemahiran

4.1.3   Suku kata kvkv


Bahan Sumber

Komputer riba, video lagu, kad suku kata bergambar kvkv kad suku kata, 
papan selit


Pengetahuan Sedia Ada


1.  Murid kenal dan boleh menyebut dan membunyikan huruf vokal dan 
konsonan.

Hasil pengajaran dan pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1.  Murid dapat mengeja dan membatangkan huruf konsonan dan vokal 
suku kata kvkv dengan betul..

2.  Murid dapat menyelesaikan 80% soalan yang diberikan dengan betul.




Set induksi
(3 minit)

Kotak misteri
1.   Guru memegang kotak misteri kemudian guru menyuruh murid 
meneka isi kandungan kotak tersebut.
2.   Guru beri klu apakah isi kandungan kotak tersebut.
3.   Murid meneka dan member respon terhadap guru.
4.   Guru beri peneguhan atas jawapan.




Langkah 1
(5  minit)

Interaksi Pengajaran

1.  Guru menunjukkan kad cantuman suku kata kv.

2.  Guru mengeja dan membatangkan suku kata kvkv.

3.  Murid mengikut guru mengeja dan membatangkan suku kata kvkv bersama-sama guru.

4.  Murid mengulangi aktiviti mengeja dan membatangkan suku kata kvkv beberapa kali



Langkah 2
(8 minit)

Aktiviti Bertulis

1.  Guru memberikan murid lembaran kerja.

2.  Murid perlu mewarna suku kata kv akhiran yang betul dalam lembaran kerja



3.     Murid mengisi tempat kosong dengan menulis sukukata kvkv berdasarkan gambar






Langkah 3
( 6 minit)

Aktiviti Pengukuhan

1.  Guru memberikan murid kad suku kata kvkv.

2.  Guru meletakkan kad gambar pada papan selit berserta kad suku kata kv akhiran.

3.  Guru mengarahkan murid menyelitkan kad suku kata kv kv awalan pada 
papan selit tersebut.

4.  Guru mengarahkan murid membaca perkataan tersebut.

5.  Guru membimbing murid melaksanakan aktiviti.


Langkah 4
( 5 minit )


1.  Guru menyelerakkan kad bergambar sukukata kvkv di atas meja.
2.  Guru minta murid pilih setiap seorang satu kad bergambar.
3.  Murid diminta mengeja dan membunyikan sukukata tersebut.Kemudian tulis
 di atas papan tulis.
4.  Aktiviti melibatkan semua murid.



Penutup
( 3 minit )


1.    Guru menayangkan murid video lagu sukukata

2.  Murid dan guru menyanyi lagu bersama mengikut video yang dipaparkan.

3.  Guru memberikan token pada murid atas daya usaha yang dilakukannya 
sepanjang pengajaran dan pembelajaran


Wednesday 5 October 2011

Sambutan Hari Lahir PPKI SKSK



Terapi Air di Bukit Merah Laketown Resort





Wednesday 21 September 2011

Pendidikan Khas


PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atabiasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

Sumber : http://ppdlms.edu.my/pk/

Sunday 18 September 2011

WelcOmE tO mY Blog!!!

Assalamualaikum semua......

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya....
Nanti kita akan berkongsi-kongsi maklumat disini ok...